Penunggang motosikal maut nahas jalan raya di Sandakan

SANDAKAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dengan nahas jalan raya di Batu 10 Jalan Labuk dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner, Abdul Fuad Abdul Malek berkata, hasil siasatan awal polis, sebelum kemalangan berlaku, motosikal ditunggang lelaki identiti masih belum dikenalpasti  bergerak  dari Batu 9 menghala ke Batu 12 Jalan Labuk.

Katanya, tiba dilokasi kejadian kira-kira jam 1.30 petang, motosikal mengubah laluan dari lorong kiri ke kanan jalan, kerana ingin memotong sebuah lori dihadapannya.

Menurutnya dalam masa yang sama sebuah kereta yang berada di laluan kanan telah terlanggar motosikal, akibat dari itu penunggang motosikal telah terjatuh ke bahagian tayar kanan lori.

Beliau berkata penunggang moyosikal meninggal di tempat kejadian, manakalq pemandu lori dan motokar tidak cedera.

Abdul Fuad berkata siasatan kes kemalangan diklasifikasikan dibawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.