TENOM : Seorang penunggang motorsikal maut selepas bertembung dengan dua kereta di kawasan berhampiran Restoran Yun Lee, Jalan Kemabong, Tenom, di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tenom, Penolong Pengusaha Bomba Mudi Pengiran berkata, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha LC135 dikenali sebagai Amir Mustafa, 55 tahun bagaimana pun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, pasukan Bomba bersama orang awam bertindak membantu mengangkat kenderaan bagi mengeluarkan mangsa.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Dalam kejadian kira-kira jam 6.28 petang kemalangan melibatkan tiga kenderaan jenis iaitu Proton Iswara, Perodua Bezza kemudiannya bertembung dengan sebuah motorsikal jenis Yamaha LC135,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mudi berkata, Bomba bersama bersama enam anggota diketuai Komander Operasi PBK II Mc Lean C Madis serta agensi lain termasuk enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta dua pegawai perubatan KKM.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di kawasan kejadian operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 7.01 malam tadi.
