TAWAU : Jabatan Bomba dan Penyelamat Tawau berjaya membantu mengangkat mayat berada di dalam sungai di Jambatan Kampung Iban Merotai, Tawau di sini petang tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Timbalan Penguasa Bomba, Jemishin Ujin berkata, mangsa seorang lelaki dikenali sebagai Tikung Anak Guma disahkan meninggal oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.43 petang tadi sekali gus sampai ke lokasi kejadian pada jarak 32 kilometer.
“Pasukan Bomba berjaya mengangkat mayat menggunakan tali dan Strecher. Mayat seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Bomba bersama bersama tujuh anggota diketuai Komander Operasi PBK I KUP Syed Salipudin Habib Taha serta agensi lain termasuk tiga Polis Diraja Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jemishin berkata, selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di kawasan kejadian operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 5.45 petang tadi.
