29 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Penganjuran lagu pelbagai etnik galak generasi muda guna bahasa ibunda – Hajiji

TUARAN: Penganjuran pertandingan lagu-lagu suku kaum di Sabah dilihat satu usaha menggalakkan generasi muda mahir bertutur dalam bahasa ibunda masing-masing.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, langkah ini bukan bermakna membelakangkan atau menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kedua  mereka.

Katanya, sebaliknya ini akan menjadikan generasi muda tidak melupakan bahasa ibunda yang akhirnya akan menjadi punca kepada kepupusan bahasa ibunda masing- masing.

“Kita harus beri pujian kepada RTM kerana mengambil inisiatif serta meneruskan program lagu-lagu etnik  sekali gus berusaha untuk memartabatkan bahasa pelbagai suku kaum di Sabah.

“Kita sedia maklum di negeri Sabah terdapat lebih 33 etnik, dengan 50 bahasa dan 80 dialek yang berbeza. Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah adalah Bajau, yang meliputi Bajau di kawasan pantai barat dan pantai timur Sabah,” katanya di sini malam tadi.

Hajiji berharap agar semua usaha serta inisiatif dilakukan pihak RTM mampu mengangkat kembali bahasa suku kaum yang ada di negeri ini.

“Kita melihat penggunaan bahasa ibunda semakin kurang di turut kan. Keadaan ini berlaku disebabkan kelemahan masyarakat itu sendiri yang tidak menggunakan bahasa ibunda apabila bertutur dengan anak-anak.

“Ini bukan salah teknologi, sebaliknya kelemahan kita sendiri kerana meskipun kita mahir berbahasa suku masing-masing,” katanya.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles