31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Penganggur penggal kepala ibu dipercayai berada di bawah pengaruh dadah

SHAH ALAM: Penganggur berusia 28 tahun yang disyaki memenggal kepala ibunya Sabtu lepas dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata ketika kejadian, hanya suspek dan ibunya yang berusia 56 tahun berada di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang dekat Kuala Selangor.

“Kita telah tahan reman selama tujuh hari dari 16 hingga 22 Jan dan (senjata) barang kes juga kita telah rampas.

“Kita percaya ketika kejadian itu, suspek hendak meminta duit daripada ibunya (untuk beli dadah) dan punca kejadian dipercayai berkaitan dengan pengaruh dadah,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintenden Ramli Kasa berkata laporan awal ujian air kencing ke atas suspek di Hospital Tanjong Karang mendapati dia positif dadah jenis metamfetamina dan amfetamina.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

— BERNAMA

 

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles