Pembangunan model insan antara tumpuan UMNO Putatan – Jeffrey Nor

PUTATAN: Pembangunan modal insan selain soal pendidikan untuk masyarakat di kawasan Parlimen Putatan merupakan antara perkara menjadi tumpuan Umno Bahagian Putatan.

Ketuanya Jeffery Nor Mohamed berkata Umno bahagian itu sentiasa menyokong aktiviti yang dijalankan sekolah yang merupakan komitmen dan tanggungjawab bersama membangunkan pendidikan anak-anak khususnya di kawasan tersebut.

Jeffrey Nor Mohamed

Katanya, melalui penglibatan tersebut keperluan tambahan dan bantuan yang diperlukan oleh sekolah khususnya ibubapa pelajar dapat didengar dan diambil tindakan sewajarnya.

“Kita (Umno) akan usahakan apa juga bentuk bantuan yang boleh disalurkan kepada pihak sekolah dan ibubapa khususnya golongan B40 untuk menjana kemajuan serta kecermalangan pendidikan di kawasan ini,” katanya.

Jeffrey Nor bersama penerima bantuan persekolahan.

Jeffrey Nor merupakan Pengerusi Lembaga Penasihat Giat Mara Parlimen Putatan berkata, program tersebut merupakan acara tahunan bertujuan membantu meringankan beban ibubapa khususnya golongan B40 dalam menyediakan keperluan pendidikan untuk anak-anak mereka.

“Matlamat kita adalah membantu pelajar-pelajar yang sangat memerlukan bantuan di kawasan ini merangkumi DUN Petagas, Tanjung Keramat dan Tanjung Aru.

Jeffrey Nor menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada pelajar.

“meskipun bantuan ala kadar namun kita berharap ianya akan dapat meringankan beban ibubapa pelajar yang terlibat apa lagi dalam keadaan ekonomi yang amat mencabar ketika ini,” jelas Jeffrey Nor.

Jeffrey Nor merupakan Pengarah Jabatan Pilihanraya Umno Sabah berlata, adalah menjadi hasrat beliau pembangunan pendidikan di kawasan tersebut akan terus cemerlang yang mana satu rumah satu golongan berpendidikan dan diadun pula dengan pembangunan insan maka akan lahirlah generasi yang cemerlang.