LAHAD DATU: Seorang pemandu maut manakala penumpangnya parah apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah bas ekspress di Kilometer 20 Jalan Lahad Datu – Sandakan, di sini semalam.
Katanya, mangsa lelaki berumur 26 tahun manakala penumpang iaitu rakannya berumur 50 tahun.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta mangsa dipercayai cuba memotong sebuah kenderaan lain di kawasan selekoh.
“Namun, bas ekspress yang berada di laluan bertentangan tidak sempat mengelak dan bertembung dengan kereta mangsa,” katanya dalam kenyataan medianya, di sini semalam.
“Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.40 petang semalam, manakala rakannya yang parah masih menerima rawatan,” katanya.
Beliau berkata, pemandu bas ekspress berumur 48 tahun dan semua penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan dipercayai disebabkan kecuaian mangsa yang memotong di garisan berkembar dan di kawasan selekoh.
“Kedua-dua pemandu tidak dipengaruhi dadah atau alkohol, namun sampel darah mereka telah diambil untuk dianalisa oleh jabatan kimia,” katanya.
“Kami meminta individu yang melihat kejadian tersebut untuk menghubungi pegawai trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk membantu siasatan.
“Semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya serta mengamalkan sikap bersabar ketika memandu demi keselamatan pengguna yang lain,” katanya.