24 C
Kota Kinabalu
Wednesday, March 22, 2023

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas kini dikenali Kementerian Tugas-Tugas Khas

SANDAKAN: Mesyuarat Kabinet negeri bersetuju untuk menamakan semula Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas sebagai Kementerian Tugas-Tugas Khas dan Penyelarasan berkuatkuasa serta merta.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu adalah mengiktiraf peranan kementerian selama ini dalam menyelaraskan hal ehwal pendidikan serta hal ehwal Islam di negeri ini.

“Semoga dengan ini dan bersempena pada hari yang mulia ini, Kementerian Tugas- Tugas Khas dan Penyelarasan akan terus bekerja keras untuk memajukan hal ehwal berkaitan pendidikan dan Islam di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Perhimpunan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah di Sandakan hari ini.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin merasmikan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sabah 1444H/2022M.

Ketika berucap di majlis itu Hajiji berkata, sikap berdikari Nabi Muhammad perlu dicontohi umat Islam khususnya anak-anak muda di negeri ini.

Beliau berkata, Rasulullah sejak zaman remajanya lagi telah belajar berdikari dengan menggembala kambing dan berdagang sebagai sumber pendapatan bagi menyara kehidupan.

“Kesemua yang dilakukan Rasulullah sebagai upaya mengurangkan kebergantungan hidup kepada orang lain di samping tidak mahu menyusah dan mengharap belas kasihan orang di sekelilingnya.

“Justeru, bersesuaian dengan citra kelahiran dan perutusan Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat yang memacu perubahan dan pembaharuan, seharusnya umat Islam hari ini memiliki tekad serta kaedah baharu dalam mengharungi cabaran semasa.

Beliau berkata umat Islam juga perlu terus belajar, menguasai ilmu dan kemahiran terkini sambil menghayati ajaran al-Quran dan sunnah bagi mengelakkan diri kekal dalam kemunduran.

“Kerajaan terus berusaha memakmurkan negeri ini, membangunkan ekonomi dan rakyatnya bersatu padu, disamping mendepani aspirasi perubahan dan pembaharuan, ia juga harus berorientasikan kepentingan rakyat.

“Kita tidak boleh membuang masa untuk terjebak dan melayan perbalahan dalam ikhtiar dan berkhidmat demi rakyat,” katanya.

Sebaliknya hajiji berkata, perlu terus komited menumpu sepenuh kudrat dan usaha merencana agenda membangun negeri ini dan modal insan yang berkualiti dan berintergriti selain kreatif dan inovatif demi manfaat rakyat.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles