PBS bekerjasama dengan STAR pada PRN

PENAMPANG : Parti Bersatu Sabah (PBS) mengadakan mesyuarat berjadual bagi membincangkan hal-hal berkenaan parti dan bertukar-tukar pendapat sesama Ahli Majlis Tertinggi (AMT) di sini, hari ini.

Timbalan Presiden PBS YB Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, agenda utama ialah perbincangan lanjut mengenai persiapan parti menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Katanya, mesyuarat “housekeeping” tersebut juga bertujuan untuk memberikan penerangan lebih lanjut terhadap ‘progress’ mengenai kerjasama dengan kerjasama dengan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), di mana PBS akan mengadakan sesi menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan parti itu.

AMT sebulat suara akan mengemukakan keputusan mesyuarat, ‘task force’ yang diketuainya kepada Presiden PBS, katanya ketika mempengerusikan mesyuarat itu.

Hadir sama ialah Timbalan-timbalan Presiden Datuk Jahid Jahim dan Datuk Seri Yee Moh Chai; Setiausaha Agung Datuk Julita Majungki, Naib-naib Presiden Datuk Ruslan Muharam, Datuk Hendrus Anding, Datuk Johnny Mositun, Datuk Peter Mak, Datuk Daniel Kinsik dan Murshid Mohd Rais; Bendahari Datuk Lu Kim Yun dan Ketua Penerangan PBS Datuk Joniston Bangkuai.