SANDAKAN: Selepas setahun pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), PAS sudah membuktikan keupayaannya mentadbir meskipun hanya memiliki lantikan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.
Sahar menyebut kenyataan tersebut ketika menyampaikan ucaptamanya dalam Mesyuarat Agung PAS Kawasan Sandakan Kali Ke 31 yang dilaksana secara hibrid hari ini.
Katanya, kemenangan GRS, walaupun PAS tidak bertanding dimana – mana kerusi merupakan suatu hikmah yang besar buat parti itu kerana turut bersama berada dalam kerajaan.
Tambahnya, istimewanya, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan yang mewakili PAS dipilih menjadi ADUN lantikan dapat bersama-sama dengan rakan GRS merangka dasar negeri.
Ini merupakan sebuah amanah buat parti itu untuk menguji sejauh mana keupayaan PAS di Sabah dan disemua peringkat dalam mengisi kemenangan ini.
Tambahan lagi, apabila seluruh jentera PAS antaranya, Khidmat Malaysia, Lajnah Kebajikan, Jabatan Amal dan Briged Muslimat tampil menyantuni mangsa banjir dan yang terkesan dengan pandemik Covid-19 tanpa jemu dan mendapat pujian rakyat Sabah.
Sahar menegaskan semua kepimpinan semua peringkat dan ahli serta penyokong PAS perlu bekerja lebih keras bagi memastikan dasar dan perancangan kerajaan dapat di laksanakan sebaik mungkin.