Parhakow Dance Theatre Keningau juara Tarian Kreatif Borneo di Borneo Art Festival Labuan

LABUAN: Kumpulan Parhakow  Dance Theatre muncul johan Pertandingan Tarian Kreatif Borneo sempena Borneo Art Festival (BAF 2023) yang diadakan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan, pada Ahad lepas.

Kumpulan itu membawa  pulang hadiah tunai RM12,000 dan sebuah piala.

Kumpulan Kumpulan Arts Telent Production yang dinobat johan Tarian Kreatif Borneo bersama hadiah yang dimennagi. Gambar Jainudin Djimin.

Lebih manis lagi, kumpulan  dari Keningau Sabah itu itu turut dinobatkan sebagai pemenang Koregrafer Terbaik dan Visual Terbaik.

Sementara itu, Kumpulan Bimbingan Seni Cemerlang (KBSC) dari Kota Kinabalu Sabah diumumkan sebagai naib johan  untuk menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Sechinta Squadra dari SMK Chinta Mata Tenom Sabah menerima hadiah wang tunai RM1,000.

Selain itu, kumpulan ini juga turut membawa pulang hadiah wang tunai RM500 selepas di nobat sebagai pemenang Muzik Terbaik.

Kumpulan Antap Budaya dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Kumpulan Ulu Lubai dari Sarawak masing-masing menerima anugerah Kumpulan Harapan Terbaik Tarian Kreatif Borneo dan kategori Busana dan Tatarias Terbaik.

Bagi pertandingan Tingkah Geruh (Battle) Kumpulan Arts Talent Production dari Kuala Lumpur dinobat sebagai johan untuk membawa pulang hadiah wang tunai RM6,000.

Naib johan disandang oleh Kumpulan Aswiladari Wilayah Persekutuan Labuan untuk menerima hadiah wang tunai RM3,000.

Tempat ketiga,  dimenangi oleh Kumpulan Tenangi  dari SMK Pekan Telipok Sabah dan tempat keempat  dimenangi oleh Kumpulan Antap Budaya dari Wilayah Persekutuan Labuan.

Majlis penyampaian hadiah kepada pemenang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Perbadanan Labuan Simsudin Sidek dan hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Mohd Ismail.