NMM Usaha UMS Tekankan Pencegahan Penyakit Melalui Penjagaan Makanan

KOTA KINABALU : Pelaksanaan program Nutrition Month Malaysia (NMM) mampu meningkatkan kesedaran orang awam terhadap penjagaan kesihatan melalui makanan sekali gus mencegah penyakit khususnya yang berkaitan pemakanan.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof. Datuk Dr. Kasim Mansor berkata, program ini satu inisiatif tahunan diterajui tiga badan profesional terkemuka, iaitu Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM), Persatuan Dietitian Malaysia dan Persatuan Komposisi Badan Malaysia sejak 22 tahun lalu.

Katanya, sebagai inisiatif pendidikan dan promosi pemakanan peringkat kebangsaan, program NMM ini turut mendapat sokongan daripada Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Bertemakan ‘Ubah Minda, Cegah Penyakit Berkaitan Pemakanan’, objektif NMM adalah untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya mengubah cara pemikiran kita dari konsep ’jagaan sakit’ (sick care) kepada ’pencegahan penyakit’ (disease prevention)

“Kita perlu mengutamakan kepentingan menjaga kesihatan dan mencegah penyakit berbanding hanya mengharapkan rawatan ketika penyakit sudahpun berlaku, terutamanya penyakit-penyakit yang berkaitan pemakanan,” katanya di sini semalam.

Kasim berkata, makmal hidup tersebut dapat memantapkan daya usaha menangani penyakit kronik berkaitan pemakanan, sekali gus memperkukuhkan sektor sekuriti pemakanan.

“Penubuhan makmal hidup NICE ini mampu meningkatkan status pemakanan, menyokong dan meningkatkan sistem makanan yang lestari.

“Ini bagi pemakanan yang sihat untuk masyarakat sebagai tambahan kepada perkhidmatan runding cara pemakanan yang disediakan melalui klinik-klinik kesihatan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,” jelas Kasim.