KOTA KINABALU : Usahawan tempatan perlu meneroka platform serta pasaran alternatif untuk mengekalkan kelangsungan perniagaan susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif timbal balik sehingga 24 peratus ke atas negara ini.
Yang Di-Pertua, ASEAN Chamber of Commerce Sabah Chapter (ACCI) Sabah, Datuk Nordin Ening bersetuju dengan cadangan Presiden ACCI Malaysia, Datuk Sohaimi Shahdan bahawa pasaran yang dikenal pasti mempunyai potensi besar untuk diteroka usahawan tempatan.
Katanya, ini termasuk negara-negara ASEAN membabitkan Afrika, Asia Tengah serta Asia Barat.
“Kita perlu lihat ke arah pasaran yang lebih terbuka dan stabil yang mana negara-negara ASEAN, Timur Tengah (Asia Barat), Asia Tengah dan Afrika.
“Ini kerana mereka menawarkan ruang besar kepada produk Malaysia, khususnya dalam sektor halal, makanan, teknologi dan perkhidmatan, pelancongan dan pendidikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Nordin berkata, ACCI Sabah sedang merancang perdagangan dua hala di antara Khazakstan dan Sabah bersama Kementerian Pelancungan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah.
“Khazakstan adalan negara Double Landlocked dan rakyatnya amat dahagakan keindahan pulau dan pantai yang terdapat di Sabah.
“Ketika ini terdapat penerbangan terus daripada Kuala Lumpur ke Almaty, Khazakstan bagi merealisasikan cadangan ini.
“Kerajaan perlu lihat lebih luas pasaran baharu untuk bantu usahawan Malaysia.,” jelas Nirdin.
Menurutnya , ketika ini Pasaran Amerika Syarikat bukan lagi pasaran yang boleh diharapkan bagi negara Malaysia.