MPP UiTM gesa tindakan terhadap pensyarah didakwa hina B40

SERI ISKANDAR: Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia menyelar tindakan seorang pensyarah universiti itu yang disifatkan menghina pelajar.

Yang Dipertua MPP UiTM, Rasydan Mohd Hassan, berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor dalam video tular itu adalah satu tindakan luar norma dan tidak beretika terhadap seorang mahasiswa.

Katanya, sejarah UiTM juga dibina atas dasar membantu lebih ramai mahasiswa Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di peringkat tertinggi.

“Kenyataan menghina dan memperlekeh golongan B40 adalah tidak wajar dibuat mana-mana pihak.