Mesyuarat MPN Sabah mengikut perlembangan sah – Mustapha

KOTA KINABALU: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah kini disusun semula sebagai persediaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada bila-bila masa.

Kepimpinan terbaharu memperlihatkan Timbalan Pengerusi MPN Husaini Sahari manakala Naib Pengerusi MPN Satu, Peto Galim, Naib Pengerusi MPN Dua, Datuk John Gani, Naib Pengerusi MPN Tiga, Abdul Razak Jamil.

Mustapha Sakmud

Setiausaha MPN Mustapha Sakmud manakala Setiausaha Pengelola MPN Remysta Taylor dan Timbalan Ketua Penerangan Thonny Chee.

Ketua Biro Disiplin MPN Dikin Musa Serta Ahli MPN baharu termasuk Alijus Sipil, Ramlan Naim, Akbar Nusah serta. F.Fauziah Abdul Lahap.

Mustapha dalam satu kenyataan semalam berkata, penstrukturan semula MPN ini dibincangkan lebih awal oleh Biro Politik MPN Negeri.

“Ia disahkan secara sebulat suara di Mesyuarat MPN dihadiri Ketua-ketua Cabang, Ahli-ahli MPN yang dilantik serta ahli-ahli MPN sedia ada.

“Berdasarkan Perlembagaan Parti, mesyuarat adalah sah serta mencukupi korum walaupun tanpa kehadiran Ketua-ketua Cabang yang cuba memboikot mesyuarat selepas diberi notis lebih awal,” katanya dalam satu kenyataan media dikeluarkan hari ini.

Mustapha berkata, mesyuarat diadakan secara hibrid dengan kehadiran secara fizikal serta secara maya untuk memberi kemudahan kepada kehadiran ahli-ahli MPN.

“Berdasarkan rekod kehadiran berdasarkan jawatan, korum mesyuarat adalah mencukupi dan mematuhi Fasal 28.3.

“Semua dokumen akan dihantar kepada Setiausaha Agung Parti untuk diteliti dan pengesahan mengikut saluran dalaman parti,” katanya.

Mustapha menambah, perlantikan kepimpinan MPN ini adalah berdasarkan Fasal 27.4 melalui cadangan Biro Politik dan perundingan dengan Ketua-ketua Cabang yang hadir Mesyuarat.

Katanya, pihak sekretariat sudah mengedarkan Notis Mesyuarat kepada semua Ketua-ketua Cabang dan meminta mereka menghantar wakil jika perlu.