Menteri Dalam Negeri Dahului 1,015 Penerima Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Kehormat Sabah 2025

KOTA KINABALU : Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dikurniakan Seri Panglima Dariah Kinabalu (SPDK) membawa gelaran Datuk Seri Panglima mendahului senarai 1,015 penerima Darjah Kebesaran, Bintang, dan Pingat Kehormat Negeri Sabah 2025 sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-74 Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Turut menerima SPDK Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, serta ahli perniagaan Datuk Ahmad Fuad Md Ali dan Datuk Lim Yu Ming.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Dr Fuziah Salleh dan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akbar Khan merupakan antara 78 penerima Panglima Gemilang Dariah Kinabalu (PGDK) membawa gelaran Datuk.

Penerima PGDK yang lain termasuk Ahli Dewan Negard Anna Bell @ Suzieana Perian, Ahli Parlimen Labuan Dr Suhaili Abdul Rahman, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan ADUN Pantai Manis Mohd Tamin Zainal.

Turut menerima anugerah Hakim Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu Alexander Siew How Wai, Ketua Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Kontinien Sabah SAC Abdul Fuad Abdul Malek dan Ketua Cawangan Khas Ibu Peiabat Polis Kontinien Sabah SAC Abdul Rahman Ishak.

Turut menerima PGDK, Panglima Briged Ke-13 Infantri Malaysia Brig Jen Jagjit Singh Indar Singh, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman, Pengarah Taman-Taman Sabah Dr Maklarin Lakim, Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Mohd Joehari Mohd Ayub dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah Ramlan Awang Ali.

Sementara itu, seramai 100 orang dikurniakan Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), 181 dikurniakan Ahli Darjah Kinabalu (ADK), 248 penerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 285 penerima Bintang Kinabalu (BK), 109 menerima Perkhidmatan Terpuji dan 10 penerima Jaksa Pendamai.