Mengimarahkan masjid dan surau di bulan ramadan – Jeffrey Nor

KOTA KINABALU : UMNO Bahagian Putatan mengadakan Program Kasih Ramadan bersama Masjid dan Surau dalam Parlimen Putatan di sini, hari ini.

Ketuanya, Jeffrey Nor Mohamed berkata, program ini merupakan acara tahunan bahagiannya dalam usaha mengimarahkan serta menyambut kedatangan bulan Ramadan yang akan disambut dalam tempoh terdekat.

Jeffrey Nor Mohamed

Katanya, UMNO Bahagian Putatan merancang pelbagai program di sepanjang ramadan dengan menyalurkan sumbangan kepada badan-badan masjid dan surau di sekitar Parlimen Putatan.

“”Kami di sini hanyalah sebagai pengantara untuk menyampaikan bantuan ini kepada mereka yang memerlukan bagi memastikan amal jariah ini sampaikan semula kepada mereka yang memerlukan.

“Diharapkan apa yang dilakukan ini sebagai satu usahakan untuk membolehkan masjid serta surau sekitar Putatan dapat meneruskan program mereka di bulan yang mulia ini,” katanya di sini, hari ini.

Jeffrey Nor berkata, pada hari ini UMNO Bahagian Putatan menerusi program Back To School menyampaikan sumbangan kepada pelajar yang akan memulakan sesi persekolahan awal minggu depan.

“Bantuan ini adalah sebagai motivasi kepada anak-anak untuk kembali ke sekolah dengan hati yang tenang dan gembira di samping dapat meringankan beban ibu bapa bagi menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

“Antara matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mengurangkan beban golongan yang memerlukan bantuan agar mereka dapat membuat persediaan bagi meneruskan sesi persekolahan 2024,” jelas Jeffrey Nor.