Memorandum bantah kenaikan kadar cukai pintu diserah kepada MPS

SANDAKAN: Satu memorandum telah diserahkan kepada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) sebagai bantahan terhadap pelaksanaan kenaikan kadar cukai pintu bermula tahun depan.

Memorandum itu diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun kepada Presiden MPS, Henry Idol di perkarangan Wisma Perbandaran Sandakan di sini, hari ini.

Memorandum bantah kenaikan kadar cukai pintu diserah kepada MPS. Gambar SNT.

Terdahulu, Calvin dan ADUN Gum-Gum, Arunarnsin Taib telah mengadakan protes secara aman bersama kira-kira 50 orang awam.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang yang menyatakan bantahan terhadap tindakan MPS yang mahu menaikkan kadar cukai pintu bermula Januari 2024.