Majlis penyerahan kunci rumah PPRT kawasan Dun Luyang

KOTA KINABALU: Pemimpin Pembangunan Masyarakat Luyang, Gee Tien Siong membuat penyerahan kunci bagi penerima terpilih untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) hari ini.

Penerima Charnael Gokin, 34 dalam kenyataan beliau berkata, “Saya sangat bersyukur kerana terpilih sebagai penerima bantuan PPRT ini memandangkan saya sudah berkeluarga dan belum mempunyai kediaman sendiri”.

Beliau yang juga merupakan generasi kedua Kg.Kopungit mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pembinaan rumah tersebut sehingga selesai. “tidak ada yang mampu saya balas kecuali ucapan syukur dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam penyiapan rumah terbabit.