Majlis Mini Raya PAADIAN berlangsung meriah

SIPITANG : Penganjuran Majlis Mini Rumah Terbuka Hari Raya Persatuan Kadayan Sabah (PAADIAN) 2026 di Mini Dewan Serbaguna Kampung Pantai, semalam, berlangsung dengan meriah dengan kehadiran ramai tetamu khususnya penduduk sekitar kampung setempat.

Beberapa pemimpin turut hadir termasuk Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sindumin Yusri Pungut.

Pelbagai juadah makan disediakan khususnya makanan dan kuih muih tempatan.

Presiden PAADIAN Datuk Dr Yusof Yusof bersama Ahli Majlis Tertinggi yang lain hadir pada majlis itu termasuk timbalan presiden Datuk Ramlee Kariah dan tiga naib presiden Sani Gapar, Mohd Rafie Isa dan Dr Ferro Firdaus Ibrahim.

Dr Yusof pada ucapannya berkata, persatuan itu akan terus berusaha dan melaksanakan aktiviti dalam memartabatkan suku kaum Kadayan di Borneo.

Beliau yang juga Pengerusi Sabah Development Berhad berkata, PAADIAN juga terus fokus dalam memastikan anak-anak kaum Kadayan berjaya di sektor awam dan swasta.

Menurutnya, pada masa sama, persatuan itu terus menggalakkan pembabitan di bidang keusahawanan khususnya menerusi aktiviti pertanian, perniagaan, perkhidmatan dan pelancongan.