34 C
Kota Kinabalu
Thursday, June 1, 2023

Mahkamah Tinggi benar Bung Moktar, isteri tangguh bicara kes rasuah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menangguhkan perbicaraan rasuah RM2.8 juta Ketua Umno Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette sementara menunggu permohonan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pasangan itu membela diri.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan penangguhan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Faridz Gohim Abdullah, berkata pihaknya tidak akan membantah permohonan pasangan itu untuk menangguhkan perbicaraan berkenaan.

Bung dan Zizie diwakili peguam M Athimulan dan K Kumaraendran.

Hari ini, mahkamah sepatutnya menetapkan tarikh untuk perbicaraan, di mana pasangan itu dikehendaki membela diri atas tuduhan dikenakan terhadap mereka.

Bung Moktar yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan merupakan Timbalan Ketua Menteri Sabah, didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 manakala Zizie berdepan tuduhan mengikut Seksyen 28(1)(c) akta sama.

Awal bulan ini, Mahkamah Sesyen mengarahkan pasangan itu membela diri atas tuduhan yang dihadapi mereka.

Bung didakwa atas dua tuduhan menerima rasuah berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai balasan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur sebanyak RM150 juta di unit amanah Public Mutual pada June 2015.

Ketika itu beliau adalah pengerusi Felcra.

Zizie pula berdepan tiga dakwaan bersubahat dengan suaminya.

Pasangan itu memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang mengarahkan mereka membela diri.

Mereka mendakwa, dua saksi utama pendakwa raya, Madhi Abdul Hamid dan Norhaili Ahmad Mokhtar dilayan sebagai saksi belot dan “ia bertentangan dengan penemuan yang dibuat oleh hakim Mahkamah Sesyen,”.

Hakim Mahkamah Sesyen, Rozina Ayob mengakui fakta bahawa keterangan Madhi dan Norhaili kepada SPRM bertentangan dengan keterangan mereka di mahkamah.

“Selepas membuat pertimbangan, saya menerima sebahagian bukti yang diberi mereka,” katanya yang memberitahu turut mempertimbangkan keterangan saksi lain.

Seramai 30 saksi pihak pendakwaan memberi keterangan termasuk Madhi dan Norhaili.

Rozina berkata, beliau maklum mengenai arahan penangguhan itu dan menetapkan perbicaraan ke tarikh lain.

Beliau menetapkan, 26 Sept ini untuk pihak pendakwa raya dan pembelaan memaklumkan perkembangan permohonan semakan pasangan berkenaan.

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles