TUARAN : Menteri Kerja Raya, Datuk Shahelmy Yahya hari ini mengadakan lawatan tapak ke Telibong untuk meninjau status kerja pemasangan dan penyambungan paip (falling main), Loji Air Telinong Dua Fasa Dua.
Lawatan ini untuk beliau melihat sendiri operasi loji rawatan air Telibong 2 Fasa 2 yang telah siap pada awal Disember lepas.
“Saya difahamkan kerja penyambungan paip (falling main) akan siap sebelum hujung Januari ini.
“Apabila siap kelak, tambahan isipadu air ke sistem agihan bekalan air sedia ada boleh mencapai ke 130 JLH (baru dan lama),” katanya mengulas lawatan itu.
Shahelmey berkata apabila ini dapat dicapai, bekalan air di kawasan utara Kota Kinabalu, pusat bandaraya Kota Kinabalu dan Tuaran boleh menjadi lebih baik.
Beliau berkata, kesannya juga akan dapat dirasai di daerah Putatan dengan penyelarasan agihan air dilakukan kelak.
“Selain itu, kami juga berbincang tentang pilihan untuk jajaran paip seterusnya bagi mengoptimakan pengeluaran isipadu air terawat selaras dengan kapasiti rekabentuk loji-loji di Telibong iaitu 180JLH,” jelas Shahelmy.