TAWAU : Seorang lelaki 52.41 gram dadah jenis syabu ditahan sekitar Kampung Kurnia Jaya Batu 4 Tawau, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek lelaki warga asing berumur 45 tahun itu ditahan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau ketika menjalankan ‘Operasi Tapis’ kira-kira jam 6.20 petang.
Katanya, sepasukan pegawai dan anggota Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Tawau ketika mengesan seorang lelaki mencurigakan berada di tepi jalan.
“Hasil siasatan dan pemeriksaan awal mendapati suspek menyerahkan satu bekas plastik dan pemeriksaan lanjut di dalam bekas plastik Polis menemui sebanyak 36 peket plastik lutsinar berlainan saiz.
“Plastik tersebut dipercayai berisi bahan ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 52.41 gram membabitkan anggaran bernilai RM11,500,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Jasmin berlata,, suspek kemudiannya dibawa ke IPD Tawau untuk tindakan lanjut manakala kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Polis menyeru kepada semua masyarakat agar dapat bekerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan dadah.
“Ini termasuk membabitkan kalangan ahli keluarga, jiran dan warga sekampung yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang di balai-balai Polis berhampiran atau melalui Volunteer Smartphone Patrol (VSP),” jelas Jasmin.