Lelaki Bersama Dadah Bernilai RM1,750 Ditahan Polis

TAWAU : Seorang lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah serta merampas 50.06gram syabu dianggarkan bernilai Rm1,750 dalam Op Tapis di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, suspek berumur 40 tahun kelihatan mencurigakan ketika serbuan dibuat di kawasan batu 4, Jalan Apas.

Katanya, hasil pemeriksaan tubuh badan menjumpai (80) paket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi hablur jernih disimpan didalam beg silang milik suspek.

“Semakan rekod jenayah lampau juga mendapati suspek pernah ditangkap atas kesalahan Seksyen 15(1)a Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kes akan disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa kepada hukuman mati atau penjara seumur hidup,” katanya salam kenyataan media di sini semalam.

Jasmin sekiranya, sekiranya hukuman yang diberikan Mahkamah adalah hukuman penjara seumur hidup, tertuduh hendaklah juga disebat tidak kurang 15 sebatan.

“Polis Tawau kini giat sedang memburu saki baki anggota sindiket dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat.

“Mereka boleh menghubungi polis di talian hotline IPD Tawau 089-772121 atau Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi membantu pihak berkuasa membanteras dadah,” jelas Jasmin.