BEAUFORT: Lebih 600 tetamu hadir dan memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Kampung Bingkul, dekat sini semalam.
Selain warga Beaufort berbilang kaum dan agama, majlis yang berlangsung 10.30 pagi hingga 3.00 petang itu turut dihadiri jemaah menteri kabinet negeri, ketua-ketua jabatan serta saudara-mara.
Dalam majlis berkenaan, Musa dan isteri Toh Puan Faridah Tussin tiba di Kampung Bingkul pada jam 10.00 pagi dari Kota Kinabalu disambut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arifin Mohd Arif dan Pegawai Daerah Beaufort Mohd Nazri Ajun.
Hadir sama, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih dan Senator Dewan Negara Tan Sri Anifah Aman.