LDA Holding, Majlis Perniagaan BIMP-EAGA promosi pakej pelancongan Labuan di Brunei

LABUAN: Delegasi dari syarikat LDA Holding Sdn. Bhd dengan kerjasama Majlis Perniagaan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) telah melakukan kunjungan ke Negara Brunei Darusasalam sebagai usaha mempromosikan pakej pelancongan yang dapat  menarik minat warga negara itu berkunjung ke Labuan. 

Pengerusi Majlis Perniagaan  BIMP-EAGA, Azhar Othman yang mengetuai misi itu berkata, pihaknya telahpun mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam Nur Ezira Mahadi. 

Azhar  berkata, antara pakej pelancongan yang di ketengahkan dalam pertemuan itu ialah pakej golf ekslusif dan sukan pelancongan yang lain termasuk pakej pelancongan yang disediakan  oleh  LDA Holdings  Travel & Tour Sdn. Bhd.

Katanya, Labuan mempunyai sebuah padang golf bertaraf dunia iaitu Labuan International  Golf Club (LIGC) yang menawarkan pemandangan laut yang menakjubkan sekaligus menjadikan  sebagai pilihan ideal untuk peminat golf yang mencari percutian golf yang menyeronokkan.

Selain itu pakej-pakej  ini juga merangkumi pelbagai aktiviti seperti sukan air, menyelam, eko pengambaraan, eko-pelancongan Tunas Hijau  termasuk tempat penginapan  seperti  resort dan hotel hotel lain yang  menyediakan akses kepada tarikan pelancong  ke pulau ini, katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau yakin usaha yang mereka lakukan ini bukan sahaja akan menarik lebih ramai pengunjung dari Brunei  tetapi juga dapat mengukuhkan ikatan persahabatan  antara kedua dua wilayah.

Selain itu,  katanya, mereka juga berkesempatan mengadakan lawatan ke Pejabat Tourism Malaysia di Brunei dan juga bertemu dengan beberapa syarikat  pelancongan di Brunei.

Turut sama dalam kunjungan itu Ketua Pegawai Eksekutif LDA Holdings Sdn. Bhd Noor Halim Datuk Zaini dan Ahli Lembaga Pengarah LDA Holding Sdn. Bhd Sophian Said.

Ruslan (dua kiri) mewakili Ketua Menteri menyerahkan replika cek dana khas pembayaran elaun tambahan bernilai RM3 juta untuk guru KAFA di Sabah.