Lawatan Perdana Menteri beri sinar kepada rakyat di Lahad Datu – Dr Salleh

LAHAD DATU :  Rakyat menaruh harapan tinggi sempena lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memberikan lonjakkan ekonomi sekali gus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Pengarah Strategi Pilihan Raya Cabang Silam, Dr Salleh Kalbi berkata, sebagai daerah disenaraikan dalam lapan daerah termiskin di Sabah rakyat sudah tentu memberi harapan penuh masalah ini dapat ditangani segera.

Program Santunan Budi, Tautan Kasih, Felda Madani di Lahad Datu pada 12 September ini.

Katanya, sudah tentu Perdana Menteri melalui kerajaan madani mempunyai perancangan rapi termasuk bekerjsama dengan kerajaan negeri untuk menyelesaikan masalah ini.

“Apa yang paling penting kerajaan madani perlu merancang secara holistik serta seccara tuntas bagi menoktahkan kemiskinan perancangan jangka pendek dan panjang.

“Sudah dengan wujudnya peluang pekerjaan akan memberikan anak-anak muda mempunyai pekerjaan khususnya di kawasan Lahad Datu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Salleh merupakan Timbalan Pengerusi Mobilisasi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) berkata, semua pihak wajar berganding bahu dalam membuka peluang pekerjaan, khususnya golongan belia yang selama ini bertungkus-lumus mengerah kudrat melanjutkan pelajaran demi memperoleh segulung ijazah pada peringkat institusi pengajian tinggi.

“Kita mempunyai tanggungjawab kepada graduan khususnya di kawasan Lahad Datu yang berkorban dan membanting tulang untuk mendapatkan ijazah merangkumi pelbagai bidang kepakaran.

“Oleh itu, kita harus beri peluang kepada mereka untuk mengorak langkah pertama dalam dunia pekerjaan, sekali gus meraih manfaat daripada ekonomi khususnya di kawasan Lahad Datu,” jelas Dr Salleh.

Menurutnya, Teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh banyak membantu perkara dalam kehidupan seharian selain Pelabuhan Kluster Industri Minyak Sawit (POIC) di sini mampu menjadi salah satu daripada hab pemindahan kargo dari kapal ke kapal yang utama di rantau ini.

“Kedudukan strategik Pelabuhan POIC itu di pertengahan Asia Timur mempunyai kelebihan besar dalam aspek pengendalian kargo pukal.

“Pemprosesan boleh dilakukan di sini, sebelum dieksport ke beberapa negara maju seperti China, Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong,” kata Dr Salleh.

Beliau berkata, sudah pasti infrastruktur baharu itu akan menjana pertumbuhan sosio ekonomi tempatan termasuk peluang pekerjaan.

“Pelabuhan ini juga akan membantu menjayakan lagi sektor perindustrian di Sabah.

“Pada dasarnya beberapa cadangan inisiatif baharu yang boleh memacu perkembangan serta meningkatkan keupayaan POIC dalam merancakkan lagi aktiviti perindustrian di Wilayah Pantai Timur Sabah.

Inisiatif itu ialah pengadaan Zon Bebas di Taman Perindustrian Lahad Datu, mewujudkan Pusat Pengumpulan Satelit Biojisim, Lapangan Terbang Antarabangsa di Lahad Datu, menubuhkan Akademi Maritim dan Pembinaan Pusat Rawatan Kesihatan di kawasan tanah komersil di POIC Lahad Datu.