RANAU: Barisan Ahli Jawatankuasa dilantik perlu memainkan peranan penting serta bekerja dengan penuh dedikasi, dan menjalankan amanah dengan seikhlasnya.
Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Paginatan Datuk Amisah Yassin berkata mandat diberi itu perlu digalas dengan niat yang ikhlas, setia dan berperinsip, tanpa mengetepikan hasrat akar umbi di negeri ini.
Katanya, setiap tanggungjawab digalas pasti didatangkan bersama ujian serta cabaran yang berbeza sekali gus berusaha untuk mengatasinya.
“Hari ini semua yang berjaya mengangkat sumpah menzahirkan ikrar dan taat setia kepada perjuangan parti , ikrar ini perlu dijadikan panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanah.
“Selaku Ketua Bahagian,saya menzahirkan ucapan tahniah kepada mereka yang akan memimpin organisas ini bagi meneruskan legasi perjuangan menjunjung martabat agama, bangsa dan negara,” katanya di sini hari ini.
Amisah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Dilantik, berkata barisan kepimpinan baharu Gagasan Rakyat berdepan tanggungjawab besar dalam memperkuat parti, walaupun sedang melalui senario politik yang mencabar.
“Sekiranya ujian ini dilakukan bersama, Insya Allah kita akan menghasilkan sebuah keberhasilan yang akan memberikan kelebihan bukan sahaja kepada ahli parti, tetapi rakyat secara keseluruhannya,” katanya.
Amisah berkata apa paling utama ialah mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan lain dan perlunya pemukukan budaya kerja berpasukan bagi mempastikan segala program terutamanya dalam memperkukuhkan kekuatan parti khususnya di kawasan tersebut dapat dilakasanakan sepenuhnya.
Jelas beliau, usaha ke arah literasi demokrasi dan kematangan politik terutamanya dalam golongan belia akan dilaksanakan dalam skala besar dan penuh iltizam sudah tentu tugas mencabar ini akan dikendalikan sepenuhnya dalam tempoh terdekat.