Jemaah Haji Perlu Patuhi Arahan Ditetapkan Kerajaan Arab Saudi – Hajiji

TUARAN: Semua jemaah haji  dinasihatkan agar mengekalkan disiplin sekali gus patuh kepada peraturan ditetapkan Kerajaan Arab Saudi.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mereka perlu mematuhi peraturan serta arahan yang dikeluarkan oleh Lembaga Tabung Haji semasa berada di sana nanti.

“Dalam masa sama juga semua mereka perlu menjaga kesihatan supaya urusan ibadat haji berjalan lancar, ikut tertibnya dan dipermudahkan di sana nanti.

“Saya turut mendoakan agar urusan bakal haji dipermudahkan dan beroleh haji yang mabrur nanti,” katanya di sini hari ini.

Di majlis itu, Hajiji menyampaikan sumbangan kepada 38 orang bakal haji daerah Tuaran tahun 2023 di Dewan Bangunan Rumah Kebudayaan Bajau Sama, Kampung Lok Batik di sini semalam.