KOTA KINABALU: Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) akan menambah program peringkat diploma yang membabitkan pengajian Islam.
Ketua Eksekutifnya Samin Ongki berkata mulai Januari tahun hadapan kolej itu akan memperkenalkan diploma ilmu-ilmu islam yang akan memberi peluang kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mendapat diploma dalam bidang pengajian islam.
Katanya untuk permulaan dua bidang telah dikenalpasti iaitu Dakwah dan Media dan keduanya Bidang Pengurusan Makanan Halal.
“Bidang makanan halal dipilih kerana industri makanan halal merupakan bidang yang terkenal di seluruh dunia,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Dwitahunan Kali Ke-4 Persatuan Alumni KTYS di sini, semalam.
Ketika ini, KTYS menawarkan lebih 15 program diploma dan sijil dalam pelbagai bidang kemahiran dan akademik antaranya Diploma Sains Komputer, Diploma Pengurusan Harta Tanah dan Diploma Pengurusan Teknologi.
Samin berkata kolej itu melaksanakan program Asasi Sains dengan pelajar hanya perlu belajar setahun di KTYS diikuti dua tahun di Universiti Malaysia Pahang dan dua tahun lagi di Universiti di Jerman dan China dalam bidang Kejuruteraan,.
Katanya mulai tahun ini, kolej KTYS dipilih oleh Yayasan Sabah untuk melaksanakan kursus jangka pendek untuk persediaan pelajar melanjutkan pengajian ke Timur Tengah.
Menurutnya ini membabitkan 30 orang etahun bagi pilih pelajar cemerlang lepasan SPM seluruh Sabah untuk dihantar belajar di Jordan dan Mesir.
“Mereka berada di kolej ini selama lima bulan sebelum belajar di Timur Tengah dan pengambilan kumpulan pertama sedang kuliah di kolej ini dan beakhir pada 31 Ogos ini dengan tumpuan kepada Bahasa Arab dan mengenali budaya serta makanan yang ada di negara Arab.
