Hujan Lebat Diramal Melanda Sabah Dan Labuan Sehingga Lewat Petang Ini

KUALA LUMPUR: Hujan lebat, ribut petir berserta angin kencang, diramal melanda Sabah dan Labuan sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam hantaran di Facebook, memaklumkan di Johor, keadaan itu diramal berlaku di Sabah membabitkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Semporna) serta Kudat.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam,” katanya.

Orang awam boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.