Konsert pertama Kumpulan Armada di Sabah berlangsung di SICC mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat

KOTA KINABALU : Konsert pertama Kumpulan Armada di Sabah mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat kumpulan dari Indonesia itu yang terkenal dengan lagu Asal Kau Bahagia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) malam tadi.

Lebih 4,000 peminat hadir pada konsert ‘Janji Bahagia itu yang dibawakan oleh JeeHarris Corporation.

Peminat yang datangnya bukan hanya dari Sabah, malah dari Brunei, Sarawak dan Semenanjung terhibur dengan persembahan kumpulan yang terdiri Rizal Adi sebagai penyanyi, Andika Maihendra Yuda (gitar utama) dan Meri Yandi (dram) yang m

Kumpulan itu menghiburkan peminat dengan 16 lagu hitnya yang banyak bertemakan percintaan antaranya asal kau bahagia, harusnya aku, apa khabar sayang, awas jatuh cinta dan buah hati.

Melihat kepada sambutan peminat itu, Rizal tidak menyangka akan sambutan dari peminat kumpulan itu yang luar biasa dan bertenaga.

“Kami gembira dengan sambutan peminat yang hadir pada konsert malam ini yang luar biasa dengan lagu-lagu yang kami bawakan semuanya dinyanyikan bersama dengan mereka (peminat),” katanya ketika ditemui media selepas konsert itu.

Sebelum di Sabah, kumpulan Armada telah mengadakan konsert pertamanya di Kuala Lumpur pada 29 Oktober lepas.

Rizal berkata melihat kepada sambutan peminat malam tadi, Rizal berkata sudah tentu kumpulan itu akan datang lagi ke Sabah.

Pada konsert itu, Rizal berkomunikasi baik dengan penonton yang hadir terutama berkaitan dengan percintaan dan perhubungan, sesuai dengan tema lagu-lagu hit kumpulan itu yang diminati di negara ini.

Rizal turut emosi apabila bercerita mengenai ramai anak-anak kecil yang terkorban di Palestin ketika ini.

“Kami juga ada anak-anak kecil..melihat kepada perkongsian di media sosial mengenai anak-anak kecil yang terkorban di Palestin..ia menyedihkan,” katanya.

Berbalik kepada konsert, Rizal berterima kasih kepada pihak yang membawa Armada ke Sabah iaitu JeeHarris Corporation dan kepada semua penaja.

Konsert itu dimulakan dengan persembahan tarian kebudayaan anak-anak muda membabitkan tarian suku kaum bajau dan murut.

Dua artis jemputan penyanyi tempatan pada konsert itu adalah Daniesh Suffian dan Elica Paujin.