Kemas jentera parti dan PDM sebagai persediaan hadapi PRN 17 – Nik Mohd Nazri

KENINGAU :  Ahli Umno di negeri ini perlu memperkemaskan jentera parti dan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan masing-masing bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) 17 yang dijangka lebih awal diadakan dari tempoh yang sepatutnya.

Ketua UMNO bahagian Keningau Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi berkata, persediaan lebih awal penting bagi mempastikan jentera pentadbiran di peringkat cawangan dan PDM dikemaskinikan dan berada dalam keadaan yang siap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkin.

Nik Mohd Nadzri ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut.

“Kita perlu bersiap siaga lebih awal untuk menghadapi PRN dan mengelak daripada bekerja pada saat-saat akhir,” katanya ketika di merasmikan mesyuarat pembentukan ahli jawatankuasa PDM kampung Luagan Keningau dekat sini, baru-baru ini.

Nik Mohd Nadzri berkata, tempoh kira-kira lima tahun sehingga tarikh tamat mandat berakhir tahun 2025  bukanlah suatu jangka masa yang lama malah kemungkinan besar PRN akan diadakan sebelum tempoh berakhir.

Menurutnya jentera parti perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, meluangkan masa bertemu dan mendengar denyuatan nadi rakyat untuk mengetahui hasrat dan keperluan mereka.

Nik Mohd Nadzri ketika berucap merasmikan mesyuarat tersebut.

“Saya berharap kepimpinan bahagian atau cawangan UMNO akan meningkatkan lagi gerak kerja, kenal pasti dan menambah keahlian UMNO di peringkat cawangan, kenal pasti jumlah pengundi termasuk pengundi muda,” katanya.

Dalam masa yang sama, Nik Mohd Nadzri yang juga Pengerusi Sekretariat NGO dan Profesional Muda UMNO Sabah mengingatkan agar ketua – ketua  cawangan UMNO mengemas kini jumlah keahlian UMNO di peringkat cawangan dan PDM ini berikutan berlakunya sindiket mencuri ahli UMNO menjadi ahli parti lain.

“Kita perlu membuat pemutihan terhadap keahlian parti kita..kalau ada sudah berpindah atas kerelaan mereka kita hormati keputusan mereka sesuai dengan  amalan  demokrasi, namun dalam masa yang sama di peringkat cawangan kita perlu pastikan nama dan nombor  kad pengenalan ahli kita tidak dicuri untuk menjadi ahli parti lain,” tegas beliau.