KOTA KINABALU : Penerima biasiswa Tajaan Pendidikan PETRONAS disaran agar memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meluaskan ilmu serta menimba kemahiran di negara ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji berkata beliau memuji usaha berterusan Petronas terhadap pembangunan akademik belia sekali gus menaja 107 pelajar dari Sabah untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang.
Katanya, kerajaan negeri mengutamakan pembangunan modal insan memperuntukkan RM470 juta untuk biasiswa pinjaman pendidikan di Sabah.
“Selepas mendengar ucapan ringkas daripada pelajar ini, saya gembira serta tidak ragu-ragu bahawa anda semua akan mempunyai masa depan yang cerah.
“Justeru itu, lakukan yang terbaik, kerana anda adalah masa depan negeri yang akan membantu memacu pembangunan negara dan negeri,” katanya di sini hari ini.
Hajiji berkata, kerajaan mengambil inisiatif membantu pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima menyalurkan setiap seorang daripada mereka bantuan one-off sebanyak RM200.
“Saya menghargai komitmen PETRONAS untuk membangunkan modal insan selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya.
“Tetapi ia tidak mencukupi, dan sebab itu kita minta Yayasan Sabah masuk, dan kita juga tetapkan meningkatkan Tabung Pendidikan Sabah untuk membantu membiayai pendidikan anak-anak kita,” jelas Hajiji.