TONGOD : Parti Kesejatheraan Demokratik Masyarakat (PKDM) Bahagian Parlimen Kinabatangan menerima tamparan hebat selepas Ketua Bahagianya, Laising Podok keluar dari parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).
Laising merupakan ketua penyelaras PKDM Kuamut menyerahkan borang keahlian kepada Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Masiung Banah pada Majlis Jelajah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Kuamut di Dewan Kampung Sogo-Sogo, di sini pada Sabtu lalu.
Menurutnya, keputusan keluar daripada PKDM diambil setelah hilang kepercayaan terhadap perjuangan parti itu selepas dua tahun memimpin di peringkat Parlimen dan DUN.
Laising yang merupakan bekas Pegawai Unit Pemimpin Pembanguan Masyarakat (UPPM) Kuamut tahun (2015-2019) disambut meriah lebih 300 penyokong GRS.
“Kita akan mengadakan satu lagi majlis berasingan untuk kemasukan beramai-ramai ahli PKDM Kinabatangan sebelum menjelang pilihanraya negeri ke-17,” katanya.
Pada majlis itu, Masiung turut menerima kemasukan seramai 112 ahli baharu Gagasan Rakyat yang diketuai Micheal Tamoi.