TUARAN : Naib Ketua Penyelaras KDM Kiulu Joluin Joiruh bersama pimpinan parti DUN Kiulu menzahirkan kekesalan terhadap sikap para pemimpin sedia ada di kawasan itu, termasuk agensi kerajaan yang berkenaan yang seolah-olah tidak mengutamakan kepentingan rakyat Kiulu, membiarkan jalan runtuh di KM 2.45 Jalan Tamparuli-Kiulu “begitu sahaja tdak siap-siap” melebih 10 tahun.
Beliau berkata jalan Tamparuli-Kiulu amat penting untuk ribuan penduduk di kawasan tersebut, dan pihak yang berwajib sepatutnya wajar pmengambil langkah proaktif dan bukan ‘reaktif’ setiap kali tanah runtuk berlalu di sepanjang jalan itu.
“Apa yang berlaku sekarang, setiap kali ada masalah…baru kita bangun, baru kita terfikir dan baru kita terfikir kita buat kerja yang urgent (perlu disegerakan) atau kecemasan.
“Sepatutnya tindakan lebih proaktif dibuat tetapi ini tunggu sampai rosak dan tunggu sehingga buruk keadaannya baru lah kita bertindak..inilah yang dinamakan tindakan reaktif yang rosak dulu baru buat,” katanya dalam hantaran terbaharu di media sosial.
Joluin yang berasal dari Kampung Tompinahaton Kiulu berkata sebenarnya ramai pemimpin di Kiulu, terutama pemimpin di pihak kerajaan yang boleh mendesak atau suarakan masalah itu ke pihak atasan dan pihak berkenaan harus bertindak pantas dan berintegriti untuk menyegerakan projek pembaikan cerun dan jalan runtuh.
“Ini setiap kali ada jalan rosak, kontrakter dipersalah…mana boleh, kontrakter ini buat kerja berdasarkan skop arahan. Jadi siapa yang memantau jabatan-jabatan berkenaan…persoalannya kenapa tunggu bertahun-tahun,” katanya.
Menurutnya rakyat Kiulu memahami sekiranya kerosakan jalan itu disebabkan bencana alam.
“Apa yang rakyat kesal ialah kita sudah tahu jalan itu (KM.2.45) sudah lama rosak bertahun-tahun….tetapi kita ambil kesempatan apabila rosak atau jalan putus, kita bertindak dengan pantas sekali…kenapa supaya kota ambil nama atau lebuh dikenali atau hero pada hal bukan begitu…terus buat tidak paya la biarkan keadaan rosak begitu lama,” katanya.
Joluin berharap tiada pihak yang mengambil kesempatan untuk meraih sokongan dengan memberikan komen bertalu-talu yang ‘menghibur atau menyenangkan hati rakyat Kiulu’.
“Kenapa tidak dibuat dari awal lagi…sangat-sangat mengecewakan.
“Kenapa rosak (purus jalan) baru buat bising cam mahu jadi hero pula….ini bukan pemimpin namanya…itu hanya mengambil kesempatan di atas kerosakan atau kesusahan rakyat,” katanya.
Beliau berkata penduduk Kiulu kini terpaksa melalui jalan alternatif Jalan Tamparuli-Telipok-Kiulu yang jauh dan amat menyusahkan terutama mereka yang tinggal berdekatan Tamparuli (Atas KM2.45).
Joluin berharap pihak berwajib dapat menyegerakan pembaikan jalan yang putus itu, sekurang-kurangnya membina jalan sementara di tepi jalan yang rosak.
“Cukup lah sudah, kita perlu pembaharuan dalam mendepani masalah seperti ini…saya sendiri sangat-sangat kecewa jalan itu putus selepas dibiarkan rosak bertahun-tahun lamanya,” katanya.
Joluin berkata tidak dinafikan pembangunan di Kiulu memang ada dalam trmpoh 10 tahun yang lalu tetapi keperluan asas masih lagi tidak selari dengan keperluan semasa.