KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor berkata Sabah memantau dengan teliti kesan letusan gunung berapi Mt Ruang di Indonesia.
“Saya telah diberi taklimat mengenai situasi itu dan kami sentiasa memantau. Keselamatan adalah keutamaan dan penting untuk kami mengutamakan keselamatan orang ramai,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Lebih 20,000 penumpang terjejas berikutan penggantungan semua penerbangan berjadual keluar masuk lapangan terbang di Kota Kinabalu, Labuan, Tawau dan Sandakan hari ini.
