KOTA KINABALU: Kerajaan negeri hari ini menyerahkan empat daripada lapan motosikal berkuasa tinggi kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah.
Jentera dua roda yang keseluruhannya bernilai RM1.076 juta itu diserahkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor kepada Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun.
Majlis penyerahan itu yang diadakan di perkarangan Menara Kinabalu, di sini, turut disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Safar Untong.