24 C
Kota Kinabalu
Tuesday, March 21, 2023

Kerajaan negeri potong gaji menteri, pembantu menteri perangi Covid-19: Hajiji

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri membuat keputusan memotong gaji semua menteri dan pembantu menteri sebanyak 50% selama dua bulan bermula bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata, semua simpanan daripada potongan gaji berkenaan akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19 di Sabah.

Katanya, selain menteri dan pembantu menteri, semua ADUN daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan turut melepaskan 30% daripada gaji mereka.

“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana untuk membiayai pengurusan pandemik Covid-19 dan kami dalam kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Katanya, semua ADUN daripada GRS turut melepaskan 30% daripada gaji mereka selama sebulan.

Sementara itu Hajiji berkata, hasil mesyuarat Kabinet yang berlangsung semalam turut memutuskan untuk memperuntukkan RM120.4 juta bagi melaksanakan program Bantuan Sabah Prihatin 3.0 Covid-19.

Selain itu peruntukan tambahan sebanyak RM34.4 juta lagi dikeluarkan bagi bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik berkenaan.

SabahNewsToday

Related Articles

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles