Kerajaan diminta pantau kebakaran hutan di Sugut – Ronald

BELURAN :  Kerajaan menerusi agensi berkaitan perlu turun membantu dengan aset pemadam yang lebih berkesan untuk memadam kebakaran hutan di Kampung Kaindangan Sugut.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Kebakaran hutan di Kampung Kaindangan Sugut kini merebak ke beberapa buah kampung berhampiran.

Katanya, hampir 1,000 penduduk terdedah kepada kebakaran hutan ini.

“Anggota Bomba dari Pekan Beluran telah disegerakan sejak beberapa hari lalu namun api masih tidak dapat dikawal,” katanya menerusi ciapannya di Facebook.