Kerajaan belum melaksanakan Skim Sewa Beli Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria, Semporna

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri belum ada sebarang perancangan untuk memperkenalkan Skim Sewa Beli Rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria, Semporna.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Isnin Aliasnih berkata, ini memberi peluang kepada mangsa kebakaran dari Kampung Simunul, Kampung Air dan Kampung Bangau-Bangau.

“Ketika ini konsep yang diperkenalkan adalah secara sewa kepada Skim Sewa Beli Rumah Program Perumhan Rakyat (PPR).

“Kerajaan masih kekal kepada skim sedia ada kepada mangsa kebakaran dari Kampung Simunul, Kampung Air dan Kampung Bangau-Bangau yang kini ditempatkan di rumah PPR tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan keutamaan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Jamil Hamzah dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah Mesyuarat Penggal Kelima di sini hari ini.