SEMPORNA : Seorang cedera parah manakala empat lagi cedera ringan selepas kereta dipandu mereka terbabas kemudian merempuh tiang elektrik dalam kejadian kemalangan di Kampung Kubang Jaya, di sini petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, kesemua mangsa berumur 17 hingga 24 tahun telah di hantar ke Hospital oleh orang awam sebelum ketibaan Pasukan Bomba di lokasi kejadian.
Katanya, manakala seorang mangsa dilaporkan tersepit berjaya dikeluarkan Pasukan Bomba kemudiannya diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS.
“Mangsa tersebut kemudiannya di hantar ke Hospital Daerah Semporna menggunakan Jentara EMRS untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 4.53 petang tadi kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian bersama tujuh anggota diketuai oleh Komander Operasi Mohd.Syukri Hamsah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, selepas memastikan tiada lagi bahaya yang wujud di tempat kejadian, operasi kemudiannya ditamatkan pada jam 5.52 petang tadi.