Kenderaan pacuan empat roda terbakar di Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Pemilik sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax berdepan detik cemas apabila kenderaannya terbakar di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, PKPgB Agustavia Joe Guasi berkata, kejadian itu berlaku di Lorong 8, Taman Putrajaya, Telipok pada kira-kira jam 10.40 malam.

“Panggilan diterima menerusi talian MERS999 pada jam 10.48 malam dan sepasukan 10 anggota diketuai Komander Operasi, PBK II Laupen Nuar dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di itempat kejadian yang terletak 15 kilometer dari BBP itu, didapati satu kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis Isuzu Dmax telah terbakar 100 peratus di bahagian enjin. Kebakaran telah dipadam oleh pemilik kenderaan sebelum jentera tiba.

“Pasukan bomba bertindak menjalankan pemeriksaan untuk memastikan tiada keberbaahayaan lain di lokasi kejadian. Tiada mangsa dilaporkan terlibat. Operasi ditamatkan pada jam 11.24 malam,” katanya.