31 C
Kota Kinabalu
Sunday, May 22, 2022

Kebakaran di Penampang 174 hilang tempat tinggal

PENAMPANG: Seramai 174 mangsa membabitkan 28 keluarga hilang tempat tinggal selepas kediaman mereka di Jalan Mogonibung, Kampung Koidupan, di sini, musnah terbakar, petang semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, sebuah rumah kongsi empat pintu dan empat lagi rumah jenis tidak kekal terbakar 100%.

Katanya, pihaknya menerima makluman kejadian pada jam 3.39 petang.

“Pasukan Bomba berjaya menyelamatkan sebuah kilang cermin dan empat buah rumah berhampiran daripada turut terbakar.

“Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini manakala kesemua mangsa yang terlibat dipindahkan ke Dewan Nakasiba di Penampang,” katanya dalam kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, kebakaran berjaya dikawal pada jam 4.29 petang seterusnya api berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 7.41 petang.

“Sepasukan bomba 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang serta Kota Kinabalu kemudian bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran,” katanya.

Related Articles

Stay Connected

156,557FansLike
2,116FollowersFollow
0SubscribersSubscribe
Iklan

Latest Articles