KIULU: Menyahut pelawaan pihak pengurusan Hostel San Damiano, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada 64 penghuni hostel berkenaan.
Sumbangan berbentuk makanan, minuman dan barangan keperluan asas itu disampaikan Naib Presiden yang juga Ketua KDM Bahagian Tuaran Henry Saimpon.
Sumbangan berkenaan diterima oleh Sister Jane Sandalun yg sebelum ini memohon sumbangan berkenaan.
Turun hadir Setiausaha Agung, KDM Willie Jude.
Henry yang juga bekas pemain bolasepak Sabah berharap sumbangan berkenaan dapat membantu dan meringankan sedikit beban pihak San Damiano terutama penghuninya.
Sister Jane juga turut meluahkan masalah air yang dihadapi mereka, termasuk keadaan air keruh yang menyukarkan operasi harian.
San Damiano ketika ini bergantung kepada sumber air daripada paip graviti.