Keahlian UMNO Lahad Datu kini seramai 50,208 dengan kemasukan ahli baru

LAHAD DATU: Keahlian UMNO yang bertambah membuktikan perjuangan parti itu kembali mendapat sokongan.

Ketua Bahagian UMNO Lahad Datu Sharif Musa Sharif Mabul berkata umno bahagian itu menerima kemasukan ahli-ahli baru walaupun selepas pemutihan dilaksana.

Katanya dari 47,223 ahli UMNO Bahagian Lahad Datu, kini telah menjadi 50,208 dengan kemasukan ahli UMNO baru seramai 2,985 orang selepas pemutihan peringat cawangan.

Menurutnya terbaharu, belia Kampung Betik telah membuka Cawangan UMNO Belia Kampung Betik Silam dengan keahlian sebanyak 70 orang.

Beliau berkata Insya-Allah, pada Sabtu ini akan ada kemasukan ahli baharu sebanyak lebih 100 orang dengan sesi penyerahan borang ahli akan diadakan di pejabat UMNO Bahagian Lahad Datu.

“Ini menunjukkan UMNO terus mendapat sokongan dari pelbagai peringkat dengan perjuangan mendukung cita-cita kebangsaan demi mengekalkan martabat agama, bangsa dan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam hal ini beliau yakin bahawa UMNO akan terus mendapat tempat di kalangan rakyat apabila khidmat bakti yang dilaksanakan oleh anggota parti tanpa mengira masa dan musim terutama kepada mereka yang benar-benar memerlukan.