KOTA KINABALU : Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) kini dianggotai hampir 300,000 ahli dan dijangka meningkat menjelang perhimpunan agung parti berkendan pada November ini.
Presidennya Datuk Seri Hajiji Noor berkata, beliau meminta semua bahagian dan cawangan parti berkendan untuk terus mempergiat usaha menambah ahli baharu.
Katanya, hal ini penting supaya Gagasan Rakyat terus kuat dan kekal relevan untuk rakyat Sabah.
“Mesyuarat ini bertujuan membincangkan persediaan untuk mengadakan mesyuarat peringkat bahagian parti berkenaan.
“Mesyuarat bahagian akan bermula pada 17 Ogos ini hingga akhir September. Kita harap mesyuarat ini berjalan lancar dan kita mahu semua bahagian menyempurnakan mesyuarat masing- masing kerana mesyuarat cawangan telah pun kita telah adakan sebelum ini,” katanya.
Hajiji merupakan Ketua Menteri Sabah ketika menjawab pertanyaan pemberita tentang langkah menjalin kerjasama dengan parti lain, Hajiji berkata Gagasan Rakyat akan terus bekerjasama dengan parti dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti lain yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Kita ada banyak parti dalam kerajaan kini dan apa yang kita mahu adalah kerjasama untuk perpaduan rakyat dan memajukan negeri ini. Jangan kita gaduh-gaduh, mari bersama-sama membangunkan Sabah,” katanya.
Mengenai kemungkinan bekerjasama dengan UMNO, Hajiji yang juga Pengerusi GRS berkata dalam politik tiada perkara yang mustahil dan GRS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi membangunkan Sabah untuk rakyatnya.
“Dalam politik tiada perkara yang mustanil dan GRS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi membangunkan Sabah untuk rakyatnya.
Selain Gagasan Rakyat, GRS turut dianggotai Parti Bersatu Sabah, Parti Solidariti Tanah Airku, Parti Maju Sabah, Pertubuhan Kebangsaan Salbah Bersatu, Parti Liberal Demokratik, Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah,” jelas Hajiji.