31 C
Kota Kinabalu
Thursday, February 9, 2023

KDM Sokong Hajiji dan GRS Terus Terajui Kerajaan Negeri – Wetrom

KOTA KINABALU: Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyokong Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

Timbalan Presidennya, Datuk Wetrom Bahanda berkata, ini selaras dengan ketetapan dan pendirian Hajiji dan Kerajaan GRS yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Perpaduan.

Katanya, Anwar dalam kenyataannya pada Jumaat telah mengesahkan sokongan GRS dalam Kerajaan Perpaduan.

“Semasa perjumpaan khas Parti KDM bersama PM yang diketuai oleh presiden parti, Datuk Peter Anthony pada Jumaat, PM telah menyatakan sokongan kepada Hajiji untuk terus menerajui dan mentadbir Sabah selaras dengan sokongan GRS kepada Kerajaan Perpaduan.

“Justeru Parti KDM dan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nya menyokong Hajiji dan GRS untuk terus mentadbir dan menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

“Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 baru sahaja selesai, kita tidak mahu terlalu banyak berpolitik kerana sekarang adalah masanya Kerajaan Perpaduan dibawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut sama disokong dan didokong oleh Barisan Nasional (BN) GRS, KDM dan lain-lain parti bersama-sama membangun negara, negeri dan rakyat.

“Kini adalah masanya kita bersama-sama membangun dan membela rakyat dan negeri Sabah yang masih ketinggalan dalam banyak segi terutamanya kawasan luar bandar yang amat memerlukan pembangunan”, katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hajiji yang juga Pengerusi GRS pada Khamis melahirkan keyakinan bahawa kerajaan negeri dan Persekutuan boleh bekerjasama rapat untuk merealisasikan pelbagai aspek pembangunan, termasuk usaha mengembalikan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Terdahulu, Anwar dalam sidang media di Bangunan Perdana Putra pada Jumaat memberitahu penyertaan GRS membolehkan Kerajaan Perpaduan mencapai dua per tiga ahli Parlimen.

“Ketua Menteri Sabah telah maklumkan bahawa GRS juga setuju secara rasmi akan menyertai kerajaan perpaduan”, katanya.

 

Related Articles

[td_block_social_counter facebook="SabahNewsToday" twitter="@SabahNewstodayN" youtube="#" style="style8 td-social-boxed td-social-font-icons" tdc_css="eyJhbGwiOnsibWFyZ2luLWJvdHRvbSI6IjM4IiwiZGlzcGxheSI6IiJ9LCJwb3J0cmFpdCI6eyJtYXJnaW4tYm90dG9tIjoiMzAiLCJkaXNwbGF5IjoiIn0sInBvcnRyYWl0X21heF93aWR0aCI6MTAxOCwicG9ydHJhaXRfbWluX3dpZHRoIjo3Njh9" custom_title="Stay Connected" block_template_id="td_block_template_8" f_header_font_family="712" f_header_font_transform="uppercase" f_header_font_weight="500" f_header_font_size="17" border_color="#dd3333"]
Iklan

Latest Articles