LAHAD DATU: Seekor anak gajah dipercayai mati akibat dilanggar sebuah kereta dalam satu kejadian di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu- Sandakan, pada awal pagi tadi.
Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin memaklumkan anak gajah berkenaan ditemui mati dalam kejadian kira-kira jam 2.16 pagi.
Katanya, bagaimanapun pemandu terbabit seorang lelaki rakyat tempatan tidak mengalami kecederaan manakala kenderaanya mengalami kerosakkan di bahagian hadapan
“Dalam kejadian itu, anak gajah tersebut dipercayai sedang melintas secara tiba-tiba menyebabkan pemandu kenderaan terbabit gagal mengawal keretanya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Syelvester berkata, pihakya telah melakukan post mortem kemudian menanam bangkai anak gajah berkenaan hari ini.