Jordan Jude cipta sejarah jadi Ketua Bahagian termuda STAR Sabah

NABAWAN : Exco Wiramuda StarSabah Negeri Jordan Jude Ellron menang jawatan Ketua Parti Solidariti Tabah Aitku (STAR) Bahagian Nabawan

dalam pemilihan parti sempena Mesyuarat Agung Tri Tahunan STAR Nabawan di sini, semalam

Kemenangan itu menyaksikan Jordan yang berusia 27 tahun mencipta sejarah politik tersendiri apabila menjadi Ketua Bahagian STAR yang paling muda dalam parti pimpinan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan itu.

“Saya menerima keputusan perwakilan dengan hati terbuka.

“Ini adalah satu tanggungjawab yang besar untuk kita memastikan STAR ini memberi impak terutama persediaan berdepan pilihan raya umum negeri akan datang,” katanya selepas mesyuarat agung parti itu.

Jordan turut mengajak penyokong STAR supaya terus bersatu padu dan bekerja keras bagi memastikan kemenganan calon parti kerajaan pada Pilihan Raya Negeri akan datang.